Friday, 13 October 2017

Hari Terakhir training di Coway

Dah dalam mrt sekarang, berat hati nak lepaskan adik-adik sekursus.

Seronok tengok gelagat diaorang yang happy go lucky, serius sangat menghiburkan..

Tapi biasalah ahkak yang dah nak masuk 4 series ni kadang-kadang slow nak tangkap apa kebenda nya la diaorang melawak ni haha

Apapun, ketawa itu memang penawar duka.

Faham sangat bagi yang terpaksa tinggalkan keluarga sampai 2 minggu, Allah saja tau perasaan diaorang,

Yang jauh dari Sabah, luar KL, diaorang memang kuat semangat demi masa depan keluarga.

Insha Allah, mesti semua lulus, harap sangat batch ni semua lulus termasuk la akak yang otak dah karat ni..

Sempat cakap tadi pada cik Bad, doakan kami semua lulus.

Mesti lepas ni ramai yang rindu cik Bad, antara best trainer yang pernah jumpa.

Sebelum ni pernah juga training, serius ini antara training yang paling best walaupun tak mudah.

Dah xde idea nak tulis apa, stesen tun hussein onn pun dah nak sampai...

Free lain kali kita sambung cerita lagi...

No comments:

Post a Comment

SUPPORT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email

Contact Form

Name

Email *

Message *

Penafian (Disclaimer)
suficreative.blogspot.my adalah perkongsian mengenai kekeluargaan, kesihatan, pendapat dan pengalaman penulis sahaja. Sebarang info yang berkaitan dengan isu perubatan dan melibatkan undang-undang adalah dibawah tanggungjawab anda sebagai pengguna. Dapatkan nasihat dari pihak bertauliah sebelum mengamalkan sebarang info terutama kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan.